HIBAH TAKAFUL

Hibah Lulus Dalam Masa 30 Minit

Pastikan masa depan kewangan keluarga kekal utuh walaupun ketika musibah melanda. Pelan Hibah Takaful bertindak sebagai pengganti sumber pendapatan jika anda mengalami Hilang Upaya Penuh Kekal atau sakit kritikal. Jadikannya sebagai aset mudah cair tanpa membebankan insan yang anda sayang. Dapatkan juga kombinasi perlindungan terbaik bersama pelan Kad Perubatan (Medical Card) kami hari ini.

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL

Mengapa Penyediaan Dana Hibah Menjadi Kewajipan Pengurusan Kewangan Anda?

Memelihara Aliran Tunai & Gaji

Menyediakan dana pampasan segera sebagai pengganti gaji bulanan sekiranya anda hilang upaya kekal untuk bekerja, bagi memastikan kelangsungan hidup keluarga anda.

Menjamin Kelangsungan Hidup Insan Tersayang

Menjamin kebajikan isteri dan anak-anak dengan pampasan tunai pantas tanpa melalui proses tuntutan harta pusaka yang rumit, lama, dan memakan kos tinggi.
Melunaskan Segala Komitmen & Liabiliti Kewangan

Berfungsi sebagai dana penyelesaian untuk melunaskan baki pinjaman seperti hutang rumah dan kereta, supaya bebanan kewangan tersebut tidak terbeban kepada waris anda.

Mempertahankan Kualiti Hidup Semasa Isi Rumah
Memastikan standard dan kualiti hidup harian keluarga anda tidak terjejas atau jatuh mendadak sekiranya berlaku musibah atau kehilangan punca pendapatan utama secara mengejut.
Mengunci Portfolio Harta & Dana Pelaburan

Bertindak sebagai instrumen perlindungan terbaik untuk mengelakkan aset simpanan, hartanah, atau pelaburan yang telah anda usahakan daripada terpaksa dijual atau beku dalam masa yang lama.

FAKTA PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA

RM90 Bilion Dana Terkunci & Gagal Dicairkan

Kematian akan menyebabkan seluruh simpanan dan pelaburan si mati disekat serta-merta bagi urusan selepas kematian. Hibah Takaful hadir sebagai talian hayat yang menyediakan tunai pantas untuk kelangsungan hidup waris sementara menunggu aset lain dicairkan. Oleh sebab status penamaannya mutlak dan tidak boleh dicabar undang-undang, instrumen ini juga berkesan mengurangkan risiko konflik perebutan harta keluarga.

PERANAN HIBAH TAKAFUL

Manfaat Utama Hibah Takaful Buat Waris

Suntikan Aliran Tunai Serta-Merta

Pampasan tunai akan disalurkan terus kepada penerima pilihan anda tanpa terikat dengan birokrasi pembahagian harta pusaka yang memakan masa, membolehkan keluarga menampung kos sara hidup tanpa penangguhan.

Pelepasan Daripada Prosedur Faraid
Tidak seperti aset fizikal atau akaun simpanan yang wajib dibahagikan mengikut hukum perundangan pusaka, dana Hibah Takaful dikecualikan daripada proses tersebut dan diserahkan sepenuhnya kepada penama mutlak.

Instrumen Pencegah Krisis Keluarga

Instrumen ini mengunci risiko perbalahan sesama waris berhubung isu pembahagian kekayaan. Hak penama adalah sah dari segi undang-undang serta tidak boleh disangkal atau dituntut oleh mana-mana pihak lain.

Payung Kebajikan Sosioekonomi Keluarga
Memastikan kebajikan dan kestabilan kewangan insan tersayang tetap terpelihara, sekali gus bertindak sebagai pelindung kelangsungan hidup apabila ketua keluarga tidak lagi bersama mereka.

HIBAH TAKAFUL

6 Sebab Mengapa Anda Perlu Carum Hibah Takaful Dengan Kami.

Lindungi keluarga bila kita dah tiada

Takaful hibah memastikan keluarga ada dana segera untuk teruskan kehidupan tanpa bergantung pada orang lain.

Elak beban hutang diwarisi

Komitmen seperti rumah, kereta, pinjaman peribadi atau bil bulanan boleh diselesaikan tanpa membebankan pasangan atau anak-anak.

Waris dapat duit lebih cepat

Berbeza dengan harta pusaka yang mungkin ambil masa lama, hibah takaful boleh mempercepatkan bantuan kewangan kepada waris.

Jamin masa depan pendidikan anak

Walaupun kita tiada, perancangan pendidikan anak masih boleh diteruskan dengan dana yang telah disediakan.

Kos rendah, perlindungan tinggi

Dengan bajet serendah RM2.00 sehari, anda boleh dapat perlindungan bernilai puluhan atau ratusan ribu.

Beri ketenangan pada diri & keluarga

Bila kita tahu keluarga dah ada “backup plan”, hati jadi lebih tenang sebab kita dah buat persediaan awal.

PERMOHONAN HIBAH TAKAFUL

Langkah Mudah Menyusun Pelan Perlindungan Kewangan Anda

1. Lengkapkan Profil Simulasi Kos

Masukkan butiran asas yang diperlukan pada ruangan digital yang telah disediakan. Data peribadi ini amat penting bagi membolehkan sistem kami merangka unjuran harga sumbangan bulanan yang paling jitu serta sepadan dengan tabiat harian anda. Sila pastikan semua ruangan diisi sebelum menekan butang hantar. Lebih telus profail diisi, lebih ideal consultasi diberikan.

2. Sesi Konsultasi Maya Atau Fizikal Bersama Penasihat Sah

Anda bebas memilih untuk mendapatkan nasihat secara fizikal atau maya mengikut keselesaan anda. Pihak perunding kami akan memberikan respons segera dalam tempoh satu hari bekerja selepas borang anda diterima. Ruang komunikasi ini dibuka sepenuhnya untuk anda mengemukakan sebarang kemusykilan, sekali gus membolehkan kami menyelaraskan pelan mengikut keperluan perl Perlindungan sebenar anda.

3. Urusan Pendaftaran Polisi Secara Atas Talian atau Fizikal

Pendaftaran takaful anda juga boleh diproses sepantas 30 minit secara fizikal atau atas talian. Sebaik sahaja draf cadangan dipersetujui, kami akan menguruskan proses penyerahan dokumen penulisan jaminan secara digital sepenuhnya. Sijil perlindungan anda berpotensi untuk diaktifkan dan diluluskan secara rasmi dalam masa 24 jam sahaja, tertakluk kepada syarat serta terma standard.